Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Melangkah ke tahun baru 2017 membawa erti juga bahawa Persatuan ARIF akan terus menapak setapak lagi kehadapan menuju 6 tahun penubuhan kami di bumi Napoleon ini. Kebajikan dan pembangunan individu melalui prinsip Al Quran dan sunnah menjadi pegangan meskipun tampuk kepimpinan kami saling bertukar tangan. InsyaAllah pada tahun ini, dengan berbekalkan prinsip TARBIAH, INSANIAH, RAHMAH, kami berharap agar ARIF kekal menjadi medium buat masyarakat muslim khususnya di Perancis dalam mencapai kemajuan di setiap aspek untuk menjadi individu yang berminda kelas pertama yang berwibawa.
Show less