"Cinta Ibadah" mengisahkan tentang pasangan bahagia suami isteri yang sepadan iaitu Siti dan suaminya Hafiz. Kehidupan mereka yang bahagia mulai goyah apabila Siti disahkan menghidap penyakit barah, namun ingin merahsiakan daripada pengetahuan suaminya.
Tidak mahu suaminya mengesyaki perkara sebenar, Siti meminta pertolongan seseorang yang memiliki wajah yang seiras dengannya untuk menggantikan tempatnya sementara dia menjalani rawatan.
Tonton Cinta Ibadah, jam 5 petang setiap Isnin - Jumaat di Astro Prima dan Astro Maya HD. Catch-up Cinta Ibadah di http://bit.ly/cntaibdh Langgan YouTube Astro Gempak, http://bit.ly/ytgempak